Monday, 14 October 2013

 IPT digesa tingkat pendidikan keusahawanan


PUTRAJAYA: Institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara disaran memberikan tumpuan terhadap pemupukan sikap dan nilai dalam usaha melahirkan lebih ramai individu profesional menerusi pendidikan keusahawanan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, aspek itu matlamat asas yang perlu diberikan perhatian oleh IPT supaya dapat melahirkan usahawan berdaya saing.

“Keusahawanan bukan hanya dilihat dari perspektif menghasilkan usahawan, tetapi perlu disemai dengan nilai dan sikap. Pendidik dan ahli akademik berperanan mengangkat status pendidikan keusahawanan ini. “Ini kerana pendidikan keusahawanan fokus terbaru agenda kerajaan supaya graduan mempunyai nilai tambah dalam pelbagai bidang,” katanya dalam ucapan pada majlis Forum Pendidik Keusahawanan Nasional 2012 Kali Pertama, di sini, semalam.


Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa.

Mohamed Khaled berkata, keusahawanan dalam masyarakat dan ekonomi masa kini semakin penting kerana ia diiktiraf, malah diterjemah di sektor universiti dengan peningkatan jurusan keusahawanan yang ditawarkan kepada pelajar.

Katanya, sebagai contoh bilangan jurusan keusahawanan ditawarkan universiti dan kolej di Amerika Syarikat meningkat dari 163 kepada 400 jurusan sekitar 1980 hingga 1993, malah lebih 1,000 jurusan keusahawanan pada 2001. “Malah, kajian yang dijalankan di Australia pada 1990 juga menunjukkan 74 peratus universiti di negara itu menawarkan jurusan keusahawanan dan pengurusan perniagaan kecil. “Di Eropah dan United Kingdom, lebih 44 kolej dan universiti menawarkan program keusahawanan. “Ini menunjukkan pendidikan berperanan dalam membentuk sikap, kemahiran dan budaya dari peringkat rendah,” katanya. Sehubungan itu, katanya, ahli akademik di IPT perlu lebih proaktif dalam mencari pengalaman melalui rangkaian dan pautan dengan individu yang terbabit dalam industri keusahawanan.

Sumber dari http://www.hmetro.com.my/articles/IPTdigesatingkatpendidikankeusahawanan/Article

1 comment:

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete