Keusahawanan Sebagai Pilihan Kerjaya
Ditulis oleh Nor Hartini binti Saari.
Bidang keusahawanan sudah lama wujud sebagai satu pilihan
kerjaya. Sejak zaman Rasulullah SAW keusahawanan ini telah
memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun Islam. Malah
kerjaya sebagai usahawan merupakan pilihan utama umat Islam khususnya pada awal
kedatangan Islam. Tidak terkecuali Rasulullah SAW sendiri memilih untuk
bergelar sebagai usahawan pada ketika itu. Keadaan ini jelas menggambarkan kepada
kita bahawa keusahawanan telah pun menjadi satu bidang kerjaya yang
diceburi sejak dahulu lagi.
Walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat kita kini lupa
akan hakikat ini. Ini kerana mereka sentiasa menganggap bahawa
kerjaya hanya melibatkan pekerjaan makan gaji dan ada majikan
sahaja.Hakikatnya, keusahawanan tidak melibatkan majikan yang memberi gaji,
tetapi sebagai usahawan mereka bertindak bekerja sendiri dan menjadi
majikan kepada dirinya dan turut membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat
setempat.
Namun begitu, lebih kurang lima puluh tahun lalu, corak
pembentukan sejarah negara kita telah menyebabkan berlakunya
pengasingan dalam pemilihan kerjaya mengikut golongan etnik. Pada ketika
itu, keusahawanan bukan merupakan satu pilihan kerjaya bagi kaum Bumiputera
yang merupakan majoriti golongan masyarakat negara ini.
Jika ada pun kaum Bumiputera yang memilih keusahawanan
sebagai kerjaya, hanya dalam bentuk kecil-kecilan atau pun kerana
terpaksa disebabkan kurang kelayakan untuk mendapat kerja lain. Pada ketika
itu, mereka yang menjadi ‘usahawan terpaksa' ini selalunya tidak begitu
bersedia dari segi kemahiran terutamanya untuk mengharungi cabaran dan dugaan
dunia perniagaan.
Begitu juga terdapat segelintir ibu bapa yang tidak
mempunyai kepercayaan seratus peratus apabila mendengar bahawa
anak-anak mereka ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Ini
disebabakan oleh peluang-peluang perniagaan yang tidak begitu menyerlah
dan banyak pekerjaan lain yang lebih mudah didapati.
Kebanyakan mereka berpendapat bahawa keusahawanan
adalah sesuatu yang sukar, berisiko dan merupakan satu kerjaya yang
tidak terjamin berbanding jika bekerja makan gaji, lebih-lebih lagi
bekerja dengan sektor kerajaan. Jaminan dari segi faktor kewangan dengan
pelan pencen yang baik mahupun pelan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) selepas bersara menambah lagi keyakinan untuk mereka bekerja di
dalam sektor awam itu.
Namun begitu, apabila kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) pada tahun 1970, secara tidak langsung ia telah
memberi kesedaran dan peluang kepada golongan Bumiputera khususnya untuk
menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan. Berikutan itu,
berbagai-bagai langkah telah diperkenalkan untuk menggalakkan keusahawanan
kepada golongan Bumiputera.
Penekanan oleh kerajaan dalam pembangunan usahawan menjadi
lebih ketara dengan tertubuhnya Kementerian Pembangunan Usahawan
pada tahun 1995 yang kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi.
Tambahan pula, Wawasan negara untuk menjadi negara maju
menjelang tahun 2020 yang menjurus kepada dasar-dasar kerajaan turut
sama menggerakkan negara ke arah perindustrian dan perdagangan.
Dasar-dasar ini secara langsung telah meningkatkan lagi peluang-peluang
keusahawanan dalam melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera.
Perubahan dan kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara,
terutamanya pada dua dekad kebelakangan ini telah melahirkan banyak peluang
perniagaan. Pusat-pusat pengajian tinggi mula menawarkan kursus-kursus yang
berkaitan dengan pengurusan perniagaan. Begitu juga dengan institusi
pengajian tinggi sudah pun mewujudkan Fakulti Keusahawanan, pusat keusahawanan
dan subjek keusahawanan sebagai mata pelajaran teras. Ini adalah satu
pendekatan baik yang dapat membuka minda mahasiswa dan mahasiswi tentang
peluang besar yang menanti mereka yang berminat menjadi usahawan atas pilihan
sendiri.
Memandangkan ramai yang menjadi usahawan atas pilihan
sendiri, kita menjangkakan bahawa mereka tentunya telah bersedia
untuk berjaya sebagai usahawan. Hari ini cuba kita perhatikan, sudah
banyak papan iklan dan iklan-iklan di stesen radio dan televisyen yang
mula memperkenalkan produk Bumiputera ini.
Perkembangan sebegini menyebabkan lebih ramai orang,
terutamanya kaum Bumiputera yang mula memahami dan meminati
bidang perniagaan dan keusahawanan. Ia juga boleh mengikis pandangan
negatif banyak pihak mengenai kerjaya usahawan.Justeru, bagi mereka yang
memilih usahawan sebagai kerjaya pilihan, mereka perlu tahu beberapa perkara
asas tentang bidang perniagaan yang dipilih. Maklumat asas mengenai produk
atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan perlu dikaji. Di samping
melihat kepada pasaran yang disasarkan, persaingan serta maklumat mengenai
bekalan dan pengeluaran. Perkara asas ini dapat membantu usahawan untuk
mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan.
Pun begitu, pemilihan bidang perniagaan ini juga tidak boleh
dilakukan secara semberono atau ikut-ikutan sahaja, iaitu
mengikuti perniagaan orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok
bidang tersebut. Kejayaan orang lain dalam sesuatu bidang perniagaan tidak
bererti kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama.
Oleh itu, jika keusahawanan menjadi pilihan kerjaya hari
ini, maka berusahalah menjadikan kerjaya tersebut menyeronokkan
dan memberi kesan positif kepada kemakmuran masyarakat dan negara.
PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,
ReplyDelete