Monday, 14 October 2013

MEMBUDAYAKAN MELAYU DENGAN KEUSAHAWANAN - Satu Anjakan Paradigma
Written by admin @ RIGHTS

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak GABEM yang telah menjemput saya untuk bercakap dan berbincang dengan "Membudayakan Melayu dengan Keusahawanan : Satu Anjakan Paradigma".  Saya amat tertarik dengan tajuk ini kerana dalam kepercayaan saya ialah, maju atau mundurnya seseorang, ataupun sesuatu bangsa bergantung kepada budayanya.  Ianya tidak bergantung kepada warna kulit, ataupun iklim, ataupun punca-punca kekayaaan dan lain-lain.  Tetapi bergantung kepada budaya.

Budaya di sini bermakna nilai hidup yang dipegang oleh bangsa itu.  Kalau nilai hidup itu sesuai dengan kejayaan dalam apa juga bidang termasuk keusahawanan, kalau nilai hidup itu sesuai maka berjayalah dia.  Sebaliknya, kalau nilai hidup itu sesuai maka berjayalah dia.  Sebaliknya, kalau nilai hidup itu tidak sesuai maka gagallah individu itu ataupun bangsa itu, ataupun negara itu.  Jelas sekali bahawa kita perlu tahu apa sebenarnya budaya yang sesuai dan apa dianya yang tak sesuai.

Untuk ini, kita perrlu menoleh ke belakang untuk melihat sejarah, kerana sejarah mempunyai banyak pengajaran bagi kita.  Budaya sejarah yang saya ingin sebutkan pada hari ini ialah sejarah negara India.  Sebuah negara yang begitu besar yang pada satu masa menjadi sebuah negara industri yang terkenal di dunia sebelum Eropah memperkenalkan revolusi industri mereka.  Industri India sudah begitu maju dan mereka berjaya mengeluarkan barangan tertentu yang dimininati oleh bangsa-bangsa Eropah.  Sebab itulah bangsa Eropah ingin mempunyai hubungan dagang yang cukup kuat dengan India.

Apakah perusahaan India pada ketika itu?  Banyak sebenarnya perusahaan India pada masa itu tetapi yang terkenal sekali ialah menenun kain daripada cotton.  Kalau kita lihat gambar Gandhi simbolnya ialah benang cotton yang dikeluarkan melalui jentera yang agak simple.  Dia menjadi simbol India sehingga begitu sekali terkenal dan dimasukkan dan dijadikan satu simbol bagi Gandhi.

India berjaya mengeluarkan kain tenunan daripada cotton dengan begitu banyak sekali, dengan begitu murah sekali, dengan kualiti yang agak baik juga dan barangan ini digunakan oleh rakyat India yang pada ketika itu juga sudah begitu banyak tetapi ianya dieksport oleh India ke Eropah.  Eksport India yang terbesar ke Eropah ialah kain tenunan (cotton).  Sebab itulah peniaga Inggeris, pergi ke India dan cuba memonopolikan bekalan kain tenunan daripada India ini.

Industri ini adalah industri kampung, iaitu diusahakan oleh individu dengan sendirinya dan dikumpul oleh peniaga untuk dijual di pasaran di dalam negeri dan juga luar negeri.  Tetapi akhirnya industri ini terhapus di India.  Telah hapus kerana pihak British telah mencipta cara menenun kain dengan menggunakan mesin yang lebih efisyen.

Sementara industri India adalah industri kampung tetapi pihak British mengadakan industri yang menggunakan mesin secara teratur dan dapat mengeluarkan lebih banyak kain dengan harga lebih murah, sehingga akhirnya bukan India yang mengeksport kain ke Eropah tetapi Eropah (pihak British) terutamanya telah mengeksport kain ke India.

Inilah sejarah tenunan kain di India sehingga Gandhi dalam usahanya untuk membangunkan semangat nasional orang India menggunakan sebagai simbol alat menenum kain.  Kerana bagi mereka, ianya mempunyai erti yang amat mendalam iaitu betapa gagalnya industri India kerana industri di Britain berkembang dengan lebih maju setelah mereka mencipta alat ataupun mesin yang boleh menenun kain yang lebih cepat dengan lebih baik.

Kenapakah ini berlaku?  Ini berlaku kerana tidak ada perubahan dalam industri tenunan di India.  Mereka menggunakan cara nenek moyang mereka beratus tahun mungkin beribu tahun, tidak ada perubahan.  Masing-masing mengeluarkan kain dengan sendirinya di rumahnya, di kampungnya dan tidak ada satu percubaan untuk menjadikan ini sebagai satu industri yang besar dan lebih tersusun dan teratur.

Oleh kerana itu maka gagallah industri di India dan berkuasalah pihak British dengan keupayaan mereka mengeluarkan barangan dengan lebih murah dengan lebih baik.  Tetapi kita lihat bahawa roda sudah berputar sekali lagi.  Hari ini kita dapati yang menguasai industri logam besi ialah seorang orang India yang tinggal di Britain dan dia sekarang ini menguasai industri besi seluruh dunia. Mittal adalah pengusaha yang terkenal.

Ini boleh digunakan sebagai satu pengajaran kepada kita.  Bukan kerana British itu kulit putih, maka mer
eka berjaya dalam bidang industri, tetapi yang kulit hitam, coklat boleh juga, kalau mereka sanggup menguasai cara-cara industri moden, yang lebih tersusun yang menggunakan lebih banyak mesin dan sekarang ini lebih banyak automated machine yang boleh dikuasai oleh sesiapa sahaja.  Yang ada modal yang cekap dalam bidang perniagaan, mereka sama ada kulit putih, kuning atau hijau mereka boleh berjaya.

Kita harus mengambil ini sebagai satu perangsang bagi kita, iaitu kita tidak seharusnya kekal dengan budaya lama sebaliknya kita boleh menukar budaya kita supaya lebih sesuai dengan peredaran zaman.  Apa yang berlaku yang kita lihat di India, kita juga lihat di negara China dan di negara Jepun.  Pada suatu masa, China adalah Industrial Power seluruh dunia.  Merekalah yang mengeluarkan lebih banyak kertas dan bermacam-macam lagi hasil kerja orang China yang begitu baik sekali, sehingga boleh mengukir sesuatu atas satu biji beras.  Demikianlah kebolehan mereka dalam industri.

Tetapi industri mereka seperti di India, tidak tersusun rapi sebaliknya merupakan Craft Industryyang bergantung kepada kecekapan seseorang membuat sesuatu.  Ianya tidak mampu berlawan (bersaing) dengan industri yang menggunakan mesin untuk mass production.  Sekali lagi kita lihat bagaimana China kalah, tetapi hari ini sekali lagi China muncul sebagai satu negara industri terkenal sebagai The Factory of The World.  Seluruh dunia sekarang ini mendapat barangan daripada negara China yang dikeluarkan bukan secara buatan kampung (Craft Industry), sebaliknya merupakan industri gergasi yang mengeluarkan barangan melalui sistem mass production.  Dengan menggunakan mesin aotomated dan sebagainya.

Demikian juga dengan Jepun, Jepun juga pada mulanya tidak mempunyai industri tersusun tetapi mereka mempelajari daripada sebelum mereka ditawan.  Mereka dapat belajar daripada pihak barat untuk menggunakan sistem pengeluaran secara perusahaan yang besar-besar.  Sebab itu hari ini kita lihat ada syarikat Jepun yang bernama Sony, Hitachi, Toshiba, Matsushita dan pelbagai lagi.  Demikian juga dengan Korea, kita tidak pernah dengar nama Samsung dulu, sekarang ini kita tahu Samsung, KIA banyak lagi syarikat-syarikat Korea yang menyusun cara-cara pengeluaran barang-barang mereka melalui sistem industri besar-besaran.

Inilah yang telah berlaku dan kita harus tanya kepada diri kita kenapa ini berlaku.  Ini berlaku kerana mereka menukar budaya kerja  mereka.  Budaya kerja mereka di kampung lain daripada dalam sebuah kilang.  Kita masih di peringkat kampung.  Kita bekerja di dalam kampung, dengan begitu mudah tidak ada apa yang dipanggil The Dicipline Of Workplace, The Ethic Of The Workplace.  Kalau kita nak kerja di dalam satu tempat kerja, kita mesti ada disiplin dan kita mesti ada etika kerja.  Kalau kita kerja di rumah untuk mengeluarkan barangan yang cukup cantik, cukup baik tapi kita buat seorang diri, ada masa kita buat, kalau ada sesuatu berlaku kawan datang rumah melawat, kita berhenti kerja dan kita bersembang dulu.  Dalam workplace, tiak ada masa untuk bersembang, tidak ada masa workplace, tidak ada masa untuk bersembang, tidak ada masa untuk makan sirih, tidak ada masa untuk merokok!  You have to work, have The Discipline of The Workplace.  Inilah budaya yang harus kita kejar kalau kita ingin berjaya dalam perusahaan kita.  Kita mesti ada disiplin.

Apa maksud disiplin?  Disiplin di sini bermakna kita mengawal nafsu kita.  Kalau kita lihat pemasangan kereta umpamanya; ianya mesti dilakukan satu persatu dan kerja itu mesti berjalan ikut tertib supaya kereta itu dapa dipasang (disiap) pada penghujung Assembly Line.  Tetapi katakan semasa kita bekerja, ada pekerja yang berasa nak berehat dia berhenti sekejap, habis yang lain tidak boleh kerja.  The is no Discipline of The Workplace.

Inilah yang menyebabkan kita tidak begitu faham tentang pentingnya disiplin dalam perusahaan.  Bukan sahaja dalam perusahaan, dalam perniagaan juga demikian, perlu ada disiplin mengawalkan diri kita, bermakna kita mengawal nafsu kita mengikut kehendak hati kita.  Kita bekerja bukan semata-mata  kerana hendak hati tetapi kita mempunyai satu tugas yang perlu dilaksanakan dalam satu jangka masa tertentu.

Kita tidak boleh fikir, ya lah hari ini kita nak berehatlah sedikit, kerja banyak dan kita berehat dan kita tidak boleh deliver dalam jangka masa yang ditetapkan.  Dalam bidang perniagaan perusahaan kalau ada pesanan sesuatu untuk bekalan pada masa yang dijanjikan.  Ini memerlukan disiplin.  Kita kerap kali dengar banyak orang yang ingin membeli barangan daripada kita.  Tetapi kita tak mampu untuk mengeluarkan barangan itu dengan secukupnya pada masa yang ditetapkan.

Saya ingat pada masa saya jadi Menteri Perindustrian dan Perniagaan (Menteri Perdagangan dan Perindustrian), saya bawa tongkat kayu yang dibuat diukir begitu cantik oleh seorang orang Melayu orang tua.  Saya pergi ke Amerika Syarikat dan saya tunjukkan tongkat ini kepada mereka dan mereka amat tertarik dengan tongkat ini dan sebagai 'Trial Order' mereka hendak 10,000.  'Trial Order!.  Balik sini tanya dengan orang membuat tongkat dia kata dalam setahun 10 bolehlah!  Ini peluang untuk membuat sesuatu yang mempunyai pasaran yang baik.

Kalau kita tidak ada budaya keusahawanan (susah nak sebut ke-usa-ha-wa-nan) kalau orang lain kata Jepun, China ataupun orang Eropah dia tahu ada pesanan 10,000, dia akan cari mesin, dan dia akan susun satu perusahaan yang menggunakan tenaga, bukan dirinya sahaja tetapi tenaga lain dan diaturnya cara-cara kerja, yang satu cuma siap batang kayu, yang sorang ukur sedikit.  Jadi apa sampai ke hujung Assembly Line terdapatlah kayu itu.  Dan bila kena guna mesin dia boleh guna mesin.

Tetapi budaya kita,  .... Ohh ini terlalu besar dan kita tak mungkin!  Jadi inilah yang menyebabkan kita tidak boleh berjaya dalam bidang perusahaan ini, kerana kita tidak punya persepsi tentang perubahan pasar.
"Pasar"kita dahulu ialah kampung kita.  Buat satu raga, hujung minggu pergi jual di kampung, pasar minggu ataupun di pekan Rabu di tempat saya kerja dulu.  Kita pergi di situ kita jual, ada orang nak beli banyak.. sorry ada 10 biji.  Nak pesan boleh tak nak pesan, 1,000 biji?  Tak boleh!  Kita tak fikir lagi macam mana nak keluarkan 1,000 sebagai satu pengusaha.  Kita cuma tahu kita boleh keluar 10 raga dalam satu minggu.  Dia kata pula, ya saya nak beli 10 raga tiap-tiap minggu.  "Itu tak bolehlah saya tak tentu, kadang-kadang saya boleh kerja, kadang-kadang tak boleh kerja.  Tidak ada Discipline Of Workplace!

Budaya yang kita nak tukar ini ialah, tukar daripada budaya bekerja sebagai satu kraf kerja di rumah kepada bekerja dalam satu kilang secara tersusun yang mana kita tidak perlukan kepada kecekapan kita, place of work saja.  Satu orang cuma kerat kayu saja, dia bagi mesin satu, kerat-kerat itu saya!  Tidak ada apa mesin buat kerja.  Dan satu orang lagi dia bagi bulat kayu itu, ada mesin-mesin yang boleh buat.  Dan satu orang ukir mata burung ke? Atau lain.  Itu saya, yang satu mulut burung ke.

Dengan cara ini orang yang tidak ada skill boleh jadi pengeluaran lebih banyak daripada orang yang mempunyai kecekapan.  Itu cara perusahaan.  Budaya kita nak ditukar daripada village system.  Kita pandai, kita boleh buat itu dan ini tapi mass production kita tak tahu.  Pengeluaran mengikut cara tersusun dalam kilang kita tak faham dan budaya bekerja dalam kilang kita tidak faham.

Sebab itu kalau nak jadi pengusaha kita perlu tukar nilai hidup kita, pegangan kita kepada nilai yang kita terima dan kita amalkan..  Kita semua terima nilai yang baik, tak ada siapa pun yang kata saya memang suka malas, semua kata dia rajin tetapi rajin, dia tidak buat kerja.  Jadi kita kena bukan saja terima nilai yang baik tetapi kita amalkan nilai itu.

Saya selalu berkata bahawa orang Melayu ini dia nak semua dengan cepat.  Kalau dia nak dapat sesuatulah, kalau dia nak bagi sesuatu lambat-lambat sikitlah.
Jadi bila dia nak dengan cepat, dia nak cepat kaya, jadi nak buat benda perusahaan ini kadang-kadang kita melampaui berjuta-juta ringgit, bertahun-tahun tak untung.  Tetapi kalau kita tekun akhirnya kita akan untung.  Tetapi dia tak ada masalah, dia nak cepat.

Dia start satu industri, pasal dia engineer dia boleh start satu industri.  Tetap, tahun pertama tidak untung, tahun kedua tidak untung, tahun ketiga nak tambah modal lagi.  Ada datang seorang kawan dia (yang hidung penyek sikit) dia kata you tak boleh buat ini you jual kat sayalah.  Saya boleh buat ini, boleh buat ini lebih cepat lagi.  Saya bagi you untung, you labur berapa, 3 million tak apa saya tambah 5 million boleh untuk 2 million!  Kita jual berapa banyak?  Berapa banyak sesuatu yang dimiliki oleh kita, yang dimulakan oleh kita, yang dimulakan oleh kita, terpaksa dijual kerana kita tidak buat estimate yang betul.


Sebenarnya dalam semua perniagaan dan perusahaan kita tak akan untung hari pertama.  Kalau buat di kampung perusahaan kraf boleh, dapat untung hari pertama kita boleh buat kueh, pagi ini kita masak kueh, kita pergi jual kita untung.  Simple thing, no problem.  Tetapi kalau kita nak jual kueh dengan banyak, we have to invest in machinery, in kilang, orang pekerja, gaji itu ini semua.  Kita keluarkan kueh ini dan lebih banyak tetapi dia tak bagi keuntungan secara immediately.  Kerana kita nak ambil kira overhead tetapi kita tak mahu nak tunggu, kita nak sekarang.  Kalau nak sekarang bagi resipi kueh itu dan jual kilang dapat untung macam "jual AP"lah.  Kita nak sesuatu dengan cepat, tidak ada!  Tidak ada perniagaan yang memberi keuntungan hari ini, bila kita keluarkan saja modal kita dapat balik modal dan keuntungan, No Way!  Kadang-kadang 3 tahun, 4 tahun kita perlu bertungkus-lumus keluar modal tambahan perbaiki itu, perbaiki ini, baru kita boleh dapat keuntungan.

No comments:

Post a Comment