Monday, 14 October 2013

Komentar Isu Semasa : “Syed Mokhtar monopoli semua perniagaan di Malaysia”
oleh Aida Sue, 24 Oct 2012

Petikan berita dari Malaysia Kini yang bertajuk : MP Umno dakwa Syed Mokhtar Monopoli Semua Perniagaan menarik minat kami.

    Datuk Bung Mokthar Radin (BN-Kinabatangan) hari ini menjadikan jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai sasaran kritikannya kerana didakwa memonopoli semua jenis perniagaan. Syed Mokhtar akan menjadikan syarikat yang dirintisnya untuk menjalankan apa saya perniagaan yang wujud di dunia ini, dakwanya.

    Jutawan itu menjalankan perniagaan di laut, di darat dan juga di udara, katanya ketika dalam satu sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

    Malah, Syed Mokhtar juga akan menjalankan perniagaan di kubur jika beliau boleh berbuat demikian, kata Bung Mokhtar lagi.

Setahu kami Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary ini memegang perniagaan gula Prai, roti, elektrik IPP, PNB, Modenas, MRT, beras, Proton, Insuran Uniasia, Pos Malaysia, KTMB dan juga pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor . Mungkin juga ada perniagaan lain yang tidak diketahui.

Walaupun begitu, Tan Sri Syed Mokhtar memang bergiat aktif di dalam bidang kebajikan. Tan Sri Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary pada 1996 yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Melalui Yayasan ini, sebanyak RM1 Bilion telah disumbangkan/ didermakan untuk membiayai pelbagai program kebajikan.

Sekali imbas dibaca artikel di atas seolah-olah Bung Mokhtar ini mungkin ada sikap irihati pada Tan Sri Syed Mokhtar yang setakat ini mempunyai kekayaan sebanyak US$ ( 2.5 billion) atau Rm7.5billion. Tetapi apabila dilihat balik, memang benar apa yang telah didakwa oleh Bung Mokhtar tadi. Sebelum itu, ya, memang bagus anak Bumiputera kaya raya dan membanggakan negara Malaysia kerana menjadi antara anak Melayu yang terkaya di Malaysia. Tetapi persoalannya disini, adalah wajar apabila perniagaan dimonopoli oleh satu pihak sahaja? Kenapa tidak diagih-agihkan kepada peniaga lain? Ataupun kemungkinan besar, tiada lagi peniaga dari bangsa Melayu yang sehebat dan selayak Tan Sri Syed Mokhtar untuk menguruskan perniagaan.  Barangkali juga MP Bung Mokhtar merupakan seorang MP yang anti monopoli, suka berkongsi-kongsi maka kritikan seperti ini telah diluahkan. ( tengok isterilah, ye tak? hehe )

Berbalik kepada persoalan di atas, adakah isu monopoli perniagaan juga merupakan salah satu mainan politik juga? Adakah ini  sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak zaman pemerintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak? Mungkin ada yang berpendapat, “Daripada bagi pada mereka yang tak tahu berniaga, lagi bagus bagi dekat Tan Sri Syed Mokhtar ni, sekurang-kurangnya dia tahu bagaimana nak melipat gandakan bisnes!” Ataupun memang trend perniagaan di Malaysia masih lagi berdasarkan kaum  dan rasis serta kronisma? Maknanya, kalau Melayu, bagi Melayu saja. kalau Cina, bagi pada Cina saja dan seterusnya.  1Malaysia? Hanya dibibir saja. Tepuk dada tanya hati. Ini bukan mengenai Syed Mokhtar sahaja, ini mengenai semua, sikap rakyat Malaysia sendiri tanpa mengira bangsa.



No comments:

Post a Comment