Monday, 7 October 2013

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary


Saya memilih Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kerana beliau adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal kepada rakyat Malaysia. Beliau juga adalah orang Melayu terkaya di negara ini dan sangat banyak ahli perniagaan yang dihormati dan dermawan. Saya akan berkongsi dengan anda tentang kehidupan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan menekankan tentang sumbangan beliau untuk berkhidmat kepada negara dalam blog saya. 

Latar belakang kehidupan dan sumbangan Syed Mokhtar secara ringkasnya seperti berikut:

  • Umur -53 tahun
  • Pendidikan - SPM
  • Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  •  Kekayaan -RM1,425 juta
  • Ke 7 terkaya di Malaysia
  • Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
  • Antara syarikat miliknya -MMC, Pelabuhan Tg.Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
  • Kereta - Proton Perdana
  • Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara,sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji. 


Kompilasi kata-kata motivasi abang Syed Mokhtar untuk berjaya dalam bentuk video. Siapa dia abang Syed Mokhtar Al Bukhary ni? Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005. Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.

 Satu petikan abang Syed Mokhtar Bukhary berkata “Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

 






Buku ini dikeluarkan oleh beliau.Dalam buku ini mengatakan tentang 50 perkara atau prinsip-prinsip dari Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.










 


No comments:

Post a Comment