Rahsia Langsing Rozita Ibrahim, Pengasas Sendayu Tinggi
Ditulis oleh Nor Amirah
KEISTIMEWAAN Rozita Ibrahim adalah mencuba setiap produk
yang dihasilkan. Beliau sanggup menjadi bahan eksperimen. Jika kebanyakan
produk menampilkan orang lain sebagai ‘testimoni’, Rozita sebaliknya. Pengasas
Sendayu Tinggi itu menjadi model produk keluarannya, itu pun setelah memastikan
keberkesanannya menerusi pengalaman diri sendiri.
Beliau tidak pernah peduli apa kata orang lain. Yang penting
adalah kepuasan pengguna produk Sendayu Tinggi yang hakikatnya telah mengangkat
nama Rozita sebagai salah seorang jutawan kosmetik.
Sebab itu beliau tidak pernah berhenti menghasilkan yang
terbaik. Rangkaian produk Sendayu Tinggi tidak terhad untuk kecantikan
semata-mata. Bagi Rozita, cantik mesti seiring dengan sihat, justeru barisan
produk Sendayu Tinggi mensasarkan kedua-duanya. Menariknya, biar pun telah ada
rangkaian produk untuk mengatasi sesuatu masalah, Rozita tidak mahu berhenti
setakat itu.
Beliau sentiasa mahu penambahbaikan dan menjadikan penyelidikan
sebagai asas kekuatan produk yang dihasilkannya.Sebab itu biar pun Sendayu Tinggi telah mempunyai rangkaian
produk pelangsingan badan misalnya, Rozita mahu melakukan penambahbaikan
terutamanya apabila ada pelanggan yang tidak begitu sesuai menggunakan produk
tersebut.Untuk itu, Rozita sekali lagi menjadikan dirinya sebagai
bahan eksperimen, kebetulan beliau mengalami masalah kegemukan selepas
melahirkan anak kira-kira dua tahun lalu.Berat badannya meningkat daripada 51 kilogram sehingga
mencecah 72 kilogram.
‘‘Saya akui agak tertekan dan mengalami pelbagai masalah
termasuk sukar berdiri selepas bangun tidur, sakit tumit, sakit otot dan malas bergerak.
‘‘Anak sulung saya yang juga Pengarah Eksekutif Sendayu
Tinggi berseloroh agar saya kurus semula demi kesihatan dan demi jenama Sendayu
Tinggi,’’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Biar pun nada berseloroh tetapi Noorhayati Kamaruzaman
hakikatnya serius mahu ibunya kembali kurus. Beliau bimbang ibunya mengalami
penyakit, selain kecantikan pengasas Sendayu Tinggi itu yang semakin tenggelam
akibat masalah kegemukan, malah wajah Rozita juga kelihatan tua.
‘‘Bila gemuk bukan sahaja pipi kembang, hidung pun ikut
kembang sekali. Hilang seri awet muda,’’ katanya. Sejak itu pelbagai usaha
dibuat termasuk menjaga pemakanan namun usahanya selama setahun tidak
membuahkan hasil.
Hasil penyelidikan Rozita dan anaknya, serta lawatan ke
pameran di luar negara membawa kepada penemuan ekstrak seperti Garnicia
Cambogia serta Citrus Aurantium yang sangat bagus dalam membantu proses
menurunkan berat badan.Sekembalinya ke Malaysia, beliau mencuba satu formulasi
daripada ekstrak tersebut dan hasilnya ternyata memberangsangkan.
‘‘Dua bulan pertama berat saya turun sebanyak 2 kilogram.
Sememangnya saya sangat teruja dan pada masa yang sama mengekalkan amalan diet
antara lain mengelak makanan sayuran dari pucuk, kekacang dan lain-lain,’’
katanya.
Daripada itu lahirlah minuman pelangsingan Bio Triple Slym
berasaskan herba yang membantu mengurangkan selera dan menawarkan kesan tiga
kali ganda lebih cepat.
‘‘Istimewanya minuman ini turut membekalkan tenaga. Gabungan
diet dan produk terbaru Sendayu Tinggi ini berat badan saya turun daripada 71
kilogram kepada 52 kilogram,’’ katanya.
Teruja berjaya meyarung baju-baju lama dan penampilan diri
semakin jelita, Rozita mensasarkan berat badan 48 kilogram. Mahu berkongsi
resipi tampil langsing, anggun dan sihat dengan mereka yang peka kesihatan
diri, Bio Triple Slym ditawarkan pada harga hanya RM44.
Selain itu, beliau turut memperkenalkan Lempoyang Heat Cream
iaitu minyak panas yang memberikan kesan panas sehingga 24 jam untuk kelegaan
sakit-sakit sendi, menghilangkan perut
buncit selepas bersalin, mengurangkan lemak dan ketidakselesaan badan. Tentunya
lempoyang menawarkan keistimewaan tersendiri berdasarkan kajian yang telah
dibuat. Kedua-dua produk terkini itu melengkapkan set pelansingan awal iaitu
Lucimax, Garlic Plus dan Slimmertique yang sehingga kini bertahan di pasaran.
Berminat mengetahui lebih lanjut tentang Bio Triple Slim dan
Lempoyang Heat, boleh hubungi ibu pejabat Wisma Sendayu Tinggi di talian
0326935133.
No comments:
Post a Comment