Monday, 14 October 2013

Usahawan Melayu Perlu Menghayati Budaya Niaga Islam
Ditulis oleh Datuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan.

Peranan yang dimainkan oleh seseorang usahawan dalam membangun sesebuah masyarakat adalah besar.  Nabi S.A.W. dalam sebuah hadis ada bersabda dengan maksud, "Seorang pedagang yang jujur akan dibangkit pada hari Akhirat bersama dengan yang soleh dan yang mati syahid"  (At-Tirmizi dan Al-Hakim daripada Abi Said).  Kejujuran di sini bukan hanya terhad kepada amalan dalam berurusan sahaja tetapi ia turut menuntut usahawan Melayu semoga berperanan secara berkesan untuk membangun sebuah masyarakat yang mulia dan bertamadun.  Justeru itu arahan Nabi S.A.W. perlu difahami dalam konteks sedemikian. 

Dalam sebuah hadis yang lain, Nabi S.A.W. turut bersabda dengan maksud "Kegiatan perniagaan adalah suatu kegiatan yang sangat dituntut kerana dalam kegiatan tersebut terdapat sembilan puluh peratus rezeki"  (Riwayat Tirmizi).  Hadis ini mengajar umat Islam semoga dalam usaha merancang dan menyusun sesebuah ekonomi mencapai suasana harmoni, stabil dan berdaya maju, sektor perniagaan yang dikendali oleh usahawan perlu berperanan secara bertanggungjawab dan berkesan.


Mengambil pengajaran daripada arahan Nabi S.A.W. tersebut, usahawan Melayu perlu memahami bahawa penglibatan mereka dalam urusan perniagaan adalah satu tugasan keagamaan demi untuk memperkuat kedudukan ekonomi ummah dalam negara.  Tanpa kekuatan ekonomi, masyarakat Melayu akan lemah dan lebih membimbangkan agama Islam itu sendiri akan tercabar.  Justeru itu untuk ummah maju dan menjadi contoh ikutan masyarakat keseluruhannya, kekuatan ekonomi bangsa Melayu perlu diperkuatkan.  Pencapaian ini hanya mampu diperolehi jika masyarakat Melayu benar-benar memahami dan menterjemahkan pendekatan Islam dalam mengendalikan urusan perniagaan.

Islam menganjur umatnya semoga menjadi pembawa rahmat kepada masyarakat dalam segala urusan kehidupan mereka, termasuk urusan perniagaan.  Menepati panduan surah Al-Anbiyaa:109 yang bermaksud, "Dan tiada kami mengutuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam", pendekatan kepada urusan perniagaan hendaklah dikendali dengan menghayati strategi iaitu "Berniaga untuk Menyumbang Kepada Kebajikan Masyarakat".

Strategi mengendalikan urusan perniagaan menepati semangat tersebut akan memberi hala tuju yang jelas kepada usahawan Melayu.  Justeru itu, produk dan perkhidmatan yang diniagakan perlu bermutu dengan harga pasaran yang berpatutan.  Natijahnya keluasan penguasaan pasaran bagi produk terbabit akan menjadi kenyataan.  Jumlah pasaran yang besar akan diterjemah kepada jumlah jualan yang meningkat dan jika kos pengurusan yang berkesan dan cekap mampu diperolehi, natijah akhir yang akan diperolehi oleh usahawan Melayu ialah keuntungan besar.  Dengan kata lain keuntungan besar dicapai melalui kebolehan dan kemampuan mengendali urusan perniagaan dengan cekap dan berfokus.  Iaitu, berusaha melalui penghasilan produk yang bermutu demi untuk meningkat kebajikan pelanggan.  Strategi perniagaan sedemikian tepat sekali dengan semangat Surah Al-Anbiyaa:109 tadi.  Bahkan strategi perniagaan tersebut bertepatan dengan kehendak hukum tabii bermasyarakat.


Dalam apa sahaja usaha tindakan manusia, menghayati hukum tabii adalah penentu kepada kejayaan.  Sebagai agama fitrah, pendekatan Islam menepati tuntutan tersebut.  Pada lumrahnya jika sesuatu tindakan di ambil pertentangan dengan hukum tabii, contohnya, strategi memaksimumkan keuntungan pada masa yang singkat, pengusaha tersebut tidak mungkin menguasai pasaran produk tersebut secara berpanjangan.  Strategi pilihan, "Berniaga untuk menyumbang kepada kebajikan masyarakat" memerlukan kepada kemampuan bersaing melalui kualiti proses pengeluaran yang cekap, produk yang bermutu dan harga produk yang berpatutan.  Pendekatan strategi pilihan ini dalam perniagaan lebih menepati semangat akhlak Islam. 

Budaya niaga membicarakan bagaimana aliran pemikiran, peranan dan cara sesebuah masyarakat berniaga.  Bagi Islam, budaya niaga perlu bersandarkan kepada falsafah tauhid.  Falsafah tauhid berasas kepada keimanan terhadap keEsaan hanya kepada Arahan Allah S.W.T.  Ia memberi satu perspektif bermasyarakat dengan melihat penyusunan masyarakat manusia memenuhi pelbagai-keperluan dan mengutamakan kesepaduan di antara akhlak dengan segala kegiatan manusia, termasuk urusan perniagaan. 

Tauhid menganjur budaya niaga yang berpaksi kepada semangat keadilan dan muafakat.  Oleh itu urusan perniagaan hendaklah dijayakan dalam konteks untuk mewujud satu masyarakat yang bertamadun mulia dan bukan untuk mewujud budaya rakus dalam mengendali amalan perniagaan melalui amalan penindasan atau penipuan untuk mengaut keuntungan.  Budaya niaga Islam mempunyai ciri berikut: 

Pertama, amalan berniaga adalah tuntutan keagamaan.  Justeru itu organisasi dan usahawan Melayu seharusnya sentiasa berusahauntuk meningkatkan mutu prestasi perniagaannya.  Mutu prestasi perniagaan adalah nilai positif yang mampu sentiasa dimajukan.  Pandangan tersebut memerlukan kepada usaha mewujudkan satu budaya semoga mempertingkatkan mutu dan membesar saiz perniagaan adalah usaha yang berterusan untuk menyumbang kepada kebajikan masyarakat.


Budaya niaga Islam melalui mekanisme dalaman (built in mechanism) menuntut bahawa keimanan dan prestasi perniagaan dengan itu ada hubung kait yang rapat.  Bagi seseorang usahawan Melayu yang ingin menghayati Islam, beliau seharus turut berusaha meningkatkan prestasi niaga dari masa ke semasa. 

     Nabi s.a.w. pernah bersabda dengan maksud:
    "Allah s.w.t. mencintai kepada seseorang pekerja apabila diberikan tugas
     maka hendaklah ia laksanakan dengan secemerlang yang mungkin".

                                                                                                            (Al-Baihaqi)


Mekanisme dalaman ini sepatutnya memerangsangkan usahawan Melayu.  Tetapi pada hakikat semasa, usahawan Melayu tidak memahami Islam secara menyeluruh dan melihat amalan untuk meningkat prestasi perniagaan bukan tuntutan keagamaan.  Tumpuan hanya diberi kepada samada barangan yang diperniagakan itu halal ataupun tidak.  Aspek untuk menguasai kekuatan ekonomi melalui urusan perniagaan tidak dianggap tuntutan keagamaan.

Kedua, menepati semangat tauhid yang menganjurkan bahawa sifat-sifat yang terdapat dalam diri manusia berada dalam satu kesatuan, usahawan Melayu seharusnya menjaga dan mempertingkatkan akhlak perilaku dirinya dalam menjalani amalan perniagaannya.  Peningkatan prestasi dan saiz niaga seharus dicapai melalui peningkatan akhlak usahawan.  Bahkan penghayatan kepada akhlak Islam adalah faktor utama kepada kejayaan dalam perniagaan.

Islam melihat tuntutan akhlak sebagai sesuatu yang positif dan berdaya maju.  Akhlak membentuk sikap dan daya penggerak yang positif kepada kemajuan perniagaan dari kesemua dimensi.  Oleh itu, agama menuntut umatnya supaya sentiasa kreatif dan bersikap proaktif.  Tanpa amalan akhlak tersebut dalam urusan perniagaan prestasi niaga akan menurun.

Ketiga, budaya niaga Islam memberi tekanan yang tinggi kepada disiplin.  Umat Islam, melalui penghayatan ibadat khusus, seperti solat, puasa, zakat dan haji sepatutnya memiliki disiplin yang tinggi.  Masyarakat tanpa disiplin akan pasti menghadapi pelbagai masalah.  Kejayaan dalam urusan perniagaan memerlu daya juang yang tinggi melalui disiplin diri yang tinggi.  Kejayaan bukan dicapai melalui jalan singkat.  Ia memerlu ketekunan dan kesabaran.

Islam memberi perhatian khusus tentang pengurusan kuasa, masa dan sumber pembuatan.  Islam mengutuk dengan sekerasnya kepada mereka yang tidak mengguna kuasa (authority) dengan berkesan dan menghormati masa (Surah Al'Asr).  Begitu juga dengan penggunaan sumber-sumber dalam proses pengeluaran dan penggunaan.  Allah S.W.T. menghubung kait mereka yang membazir dari sudut masa, penggunaan sumber dan tenaga pekerja sama dengan syaitan.

Keempat, semangat tauhid menganjur kepada amalan berniaga secara bermuafakat dan berpasukan.  Jalinan kerjasama dikalangan ahli perniaga sangat penting.  Budaya muafakat akan melicinkan perjalanan urusan perniagaan.  Kos pengeluaran akan dapat dikurangkan dan kebajikan tersebut dapat dinikmati oleh keseluruhan masyarakat.  Ini adalah kerana budaya niaga Islam memberi tumpuan kepada pencapaian matlamat akhir iaitu kebajikan kepada masyarakat dan ekonomi negara.

Dari perbincangan di atas jelas kepada kita bahawa usahawan Melayu perlu memahami kepada pendekatan mengendali urusan perniagaan mengikut Islam.  Ramuan yang dimaju di atas boleh meneraju usahawan Melayu memperoleh kejayaan.

Peranan yang dimainkan oleh seseorang usahawan dalam membangun sesebuah masyarakat adalah besar. Nabi S.A.W. dalam sebuah hadis ada bersabda dengan maksud, "Seorang pedagang yang jujur akan dibangkit pada hari Akhirat bersama dengan yang soleh dan yang mati syahid" (At-Tirmizi dan Al-Hakim daripada Abi Said). Kejujuran di sini bukan hanya terhad kepada amalan dalam berurusan sahaja tetapi ia turut menuntut usahawan Melayu semoga berperanan secara berkesan untuk membangun sebuah masyarakat yang mulia dan bertamadun. Justeru itu arahan Nabi S.A.W. perlu difahami dalam konteks sedemikian.

Dalam sebuah hadis yang lain, Nabi S.A.W. turut bersabda dengan maksud "Kegiatan perniagaan adalah suatu kegiatan yang sangat dituntut kerana dalam kegiatan tersebut terdapat sembilan puluh peratus rezeki" (Riwayat Tirmizi). Hadis ini mengajar umat Islam semoga dalam usaha merancang dan menyusun sesebuah ekonomi mencapai suasana harmoni, stabil dan berdaya maju, sektor perniagaan yang dikendali oleh usahawan perlu berperanan secara bertanggungjawab dan berkesan.

Mengambil pengajaran daripada arahan Nabi S.A.W. tersebut, usahawan Melayu perlu memahami bahawa penglibatan mereka dalam urusan perniagaan adalah satu tugasan keagamaan demi untuk memperkuat kedudukan ekonomi ummah dalam negara. Tanpa kekuatan ekonomi, masyarakat Melayu akan lemah dan lebih membimbangkan agama Islam itu sendiri akan tercabar. Justeru itu untuk ummah maju dan menjadi contoh ikutan masyarakat keseluruhannya, kekuatan ekonomi bangsa Melayu perlu diperkuatkan. Pencapaian ini hanya mampu diperolehi jika masyarakat Melayu benar-benar memahami dan menterjemahkan pendekatan Islam dalam mengendalikan urusan perniagaan.

Islam menganjur umatnya semoga menjadi pembawa rahmat kepada masyarakat dalam segala urusan kehidupan mereka, termasuk urusan perniagaan. Menepati panduan surah Al-Anbiyaa:109 yang bermaksud, "Dan tiada kami mengutuskan engkau (Wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam", pendekatan kepada urusan perniagaan hendaklah dikendali dengan menghayati strategi iaitu "Berniaga untuk Menyumbang Kepada Kebajikan Masyarakat".

Strategi mengendalikan urusan perniagaan menepati semangat tersebut akan memberi hala tuju yang jelas kepada usahawan Melayu. Justeru itu, produk dan perkhidmatan yang diniagakan perlu bermutu dengan harga pasaran yang berpatutan. Natijahnya keluasan penguasaan pasaran bagi produk terbabit akan menjadi kenyataan. Jumlah pasaran yang besar akan diterjemah kepada jumlah jualan yang meningkat dan jika kos pengurusan yang berkesan dan cekap mampu diperolehi, natijah akhir yang akan diperolehi oleh usahawan Melayu ialah keuntungan besar. Dengan kata lain keuntungan besar dicapai melalui kebolehan dan kemampuan mengendali urusan perniagaan dengan cekap dan berfokus. Iaitu, berusaha melalui penghasilan produk yang bermutu demi untuk meningkat kebajikan pelanggan. Strategi perniagaan sedemikian tepat sekali dengan semangat Surah Al-Anbiyaa:109 tadi. Bahkan strategi perniagaan tersebut bertepatan dengan kehendak hukum tabii bermasyarakat.

Dalam apa sahaja usaha tindakan manusia, menghayati hukum tabii adalah penentu kepada kejayaan. Sebagai agama fitrah, pendekatan Islam menepati tuntutan tersebut. Pada lumrahnya jika sesuatu tindakan di ambil pertentangan dengan hukum tabii, contohnya, strategi memaksimumkan keuntungan pada masa yang singkat, pengusaha tersebut tidak mungkin menguasai pasaran produk tersebut secara berpanjangan. Strategi pilihan, "Berniaga untuk menyumbang kepada kebajikan masyarakat" memerlukan kepada kemampuan bersaing melalui kualiti proses pengeluaran yang cekap, produk yang bermutu dan harga produk yang berpatutan. Pendekatan strategi pilihan ini dalam perniagaan lebih menepati semangat akhlak Islam.

Budaya niaga membicarakan bagaimana aliran pemikiran, peranan dan cara sesebuah masyarakat berniaga. Bagi Islam, budaya niaga perlu bersandarkan kepada falsafah tauhid. Falsafah tauhid berasas kepada keimanan terhadap keEsaan hanya kepada Arahan Allah S.W.T. Ia memberi satu perspektif bermasyarakat dengan melihat penyusunan masyarakat manusia memenuhi pelbagai-keperluan dan mengutamakan kesepaduan di antara akhlak dengan segala kegiatan manusia, termasuk urusan perniagaan.

Tauhid menganjur budaya niaga yang berpaksi kepada semangat keadilan dan muafakat. Oleh itu urusan perniagaan hendaklah dijayakan dalam konteks untuk mewujud satu masyarakat yang bertamadun mulia dan bukan untuk mewujud budaya rakus dalam mengendali amalan perniagaan melalui amalan penindasan atau penipuan untuk mengaut keuntungan. 

Budaya niaga Islam mempunyai ciri berikut:
Pertama, amalan berniaga adalah tuntutan keagamaan. Justeru itu organisasi dan usahawan Melayu seharusnya sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu prestasi perniagaannya. Mutu prestasi perniagaan adalah nilai positif yang mampu sentiasa dimajukan. Pandangan tersebut memerlukan kepada usaha mewujudkan satu budaya semoga mempertingkatkan mutu dan membesar saiz perniagaan adalah usaha yang berterusan untuk menyumbang kepada kebajikan masyarakat.

Budaya niaga Islam melalui mekanisme dalaman (built in mechanism) menuntut bahawa keimanan dan prestasi perniagaan dengan itu ada hubung kait yang rapat. Bagi seseorang usahawan Melayu yang ingin menghayati Islam, beliau seharus turut berusaha meningkatkan prestasi niaga dari masa ke semasa.
Nabi s.a.w. pernah bersabda dengan maksud:
"Allah s.w.t. mencintai kepada seseorang pekerja apabila diberikan tugas
maka hendaklah ia laksanakan dengan secemerlang yang mungkin".
(Al-Baihaqi)


Mekanisme dalaman ini sepatutnya memerangsangkan usahawan Melayu. Tetapi pada hakikat semasa, usahawan Melayu tidak memahami Islam secara menyeluruh dan melihat amalan untuk meningkat prestasi perniagaan bukan tuntutan keagamaan. Tumpuan hanya diberi kepada samada barangan yang diperniagakan itu halal ataupun tidak. Aspek untuk menguasai kekuatan ekonomi melalui urusan perniagaan tidak dianggap tuntutan keagamaan.


Kedua, menepati semangat tauhid yang menganjurkan bahawa sifat-sifat yang terdapat dalam diri manusia berada dalam satu kesatuan, usahawan Melayu seharusnya menjaga dan mempertingkatkan akhlak perilaku dirinya dalam menjalani amalan perniagaannya. Peningkatan prestasi dan saiz niaga seharus dicapai melalui peningkatan akhlak usahawan. Bahkan penghayatan kepada akhlak Islam adalah faktor utama kepada kejayaan dalam perniagaan.

Islam melihat tuntutan akhlak sebagai sesuatu yang positif dan berdaya maju. Akhlak membentuk sikap dan daya penggerak yang positif kepada kemajuan perniagaan dari kesemua dimensi. Oleh itu, agama menuntut umatnya supaya sentiasa kreatif dan bersikap proaktif. Tanpa amalan akhlak tersebut dalam urusan perniagaan prestasi niaga akan menurun.

Ketiga, budaya niaga Islam memberi tekanan yang tinggi kepada disiplin. Umat Islam, melalui penghayatan ibadat khusus, seperti solat, puasa, zakat dan haji sepatutnya memiliki disiplin yang tinggi. Masyarakat tanpa disiplin akan pasti menghadapi pelbagai masalah. Kejayaan dalam urusan perniagaan memerlu daya juang yang tinggi melalui disiplin diri yang tinggi. Kejayaan bukan dicapai melalui jalan singkat. Ia memerlu ketekunan dan kesabaran.

Islam memberi perhatian khusus tentang pengurusan kuasa, masa dan sumber pembuatan. Islam mengutuk dengan sekerasnya kepada mereka yang tidak mengguna kuasa (authority) dengan berkesan dan menghormati masa (Surah Al'Asr). Begitu juga dengan penggunaan sumber-sumber dalam proses pengeluaran dan penggunaan. Allah S.W.T. menghubung kait mereka yang membazir dari sudut masa, penggunaan sumber dan tenaga pekerja sama dengan syaitan.

Keempat, semangat tauhid menganjur kepada amalan berniaga secara bermuafakat dan berpasukan. Jalinan kerjasama dikalangan ahli perniaga sangat penting. Budaya muafakat akan melicinkan perjalanan urusan perniagaan. Kos pengeluaran akan dapat dikurangkan dan kebajikan tersebut dapat dinikmati oleh keseluruhan masyarakat. Ini adalah kerana budaya niaga Islam memberi tumpuan kepada pencapaian matlamat akhir iaitu kebajikan kepada masyarakat dan ekonomi negara.


Dari perbincangan di atas jelas kepada kita bahawa usahawan Melayu perlu memahami kepada pendekatan mengendali urusan perniagaan mengikut Islam. Ramuan yang dimaju di atas boleh meneraju usahawan Melayu memperoleh kejayaan.

No comments:

Post a Comment