MEMBUDAYAKAN MELAYU DENGAN KEUSAHAWANAN - Satu Anjakan
Paradigma
Written by admin @ RIGHTS
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada
pihak GABEM yang telah menjemput saya untuk bercakap dan berbincang dengan "Membudayakan
Melayu dengan Keusahawanan : Satu Anjakan Paradigma". Saya amat
tertarik dengan tajuk ini kerana dalam kepercayaan saya ialah, maju atau
mundurnya seseorang, ataupun sesuatu bangsa bergantung kepada budayanya.
Ianya tidak bergantung kepada warna kulit, ataupun iklim, ataupun punca-punca
kekayaaan dan lain-lain. Tetapi bergantung kepada budaya.
Budaya di sini bermakna nilai hidup yang dipegang
oleh bangsa itu. Kalau nilai hidup itu sesuai dengan kejayaan dalam apa
juga bidang termasuk keusahawanan, kalau nilai hidup itu sesuai maka berjayalah
dia. Sebaliknya, kalau nilai hidup itu sesuai maka berjayalah dia.
Sebaliknya, kalau nilai hidup itu tidak sesuai maka gagallah individu itu
ataupun bangsa itu, ataupun negara itu. Jelas sekali bahawa kita perlu
tahu apa sebenarnya budaya yang sesuai dan apa dianya yang tak sesuai.
Untuk ini, kita perrlu menoleh ke belakang untuk melihat
sejarah, kerana sejarah mempunyai banyak pengajaran bagi kita. Budaya
sejarah yang saya ingin sebutkan pada hari ini ialah sejarah negara
India. Sebuah negara yang begitu besar yang pada satu masa menjadi sebuah
negara industri yang terkenal di dunia sebelum Eropah memperkenalkan revolusi
industri mereka. Industri India sudah begitu maju dan mereka berjaya
mengeluarkan barangan tertentu yang dimininati oleh bangsa-bangsa Eropah.
Sebab itulah bangsa Eropah ingin mempunyai hubungan dagang yang cukup kuat
dengan India.
Apakah perusahaan India pada ketika itu? Banyak
sebenarnya perusahaan India pada masa itu tetapi yang terkenal sekali ialah
menenun kain daripada cotton. Kalau kita lihat gambar Gandhi simbolnya
ialah benang cotton yang dikeluarkan melalui jentera yang agak simple.
Dia menjadi simbol India sehingga begitu sekali terkenal dan dimasukkan dan
dijadikan satu simbol bagi Gandhi.
India berjaya mengeluarkan kain tenunan daripada cotton
dengan begitu banyak sekali, dengan begitu murah sekali, dengan kualiti yang
agak baik juga dan barangan ini digunakan oleh rakyat India yang pada ketika
itu juga sudah begitu banyak tetapi ianya dieksport oleh India ke Eropah.
Eksport India yang terbesar ke Eropah ialah kain tenunan (cotton). Sebab
itulah peniaga Inggeris, pergi ke India dan cuba memonopolikan bekalan kain tenunan
daripada India ini.
Industri ini adalah industri kampung, iaitu diusahakan oleh
individu dengan sendirinya dan dikumpul oleh peniaga untuk dijual di pasaran di
dalam negeri dan juga luar negeri. Tetapi akhirnya industri ini terhapus
di India. Telah hapus kerana pihak British telah mencipta cara menenun
kain dengan menggunakan mesin yang lebih efisyen.
Sementara industri India adalah industri kampung tetapi
pihak British mengadakan industri yang menggunakan mesin secara teratur dan
dapat mengeluarkan lebih banyak kain dengan harga lebih murah, sehingga
akhirnya bukan India yang mengeksport kain ke Eropah tetapi Eropah (pihak
British) terutamanya telah mengeksport kain ke India.
Inilah sejarah tenunan kain di India sehingga Gandhi dalam
usahanya untuk membangunkan semangat nasional orang India menggunakan sebagai
simbol alat menenum kain. Kerana bagi mereka, ianya mempunyai erti yang
amat mendalam iaitu betapa gagalnya industri India kerana industri di Britain
berkembang dengan lebih maju setelah mereka mencipta alat ataupun mesin yang
boleh menenun kain yang lebih cepat dengan lebih baik.
Kenapakah ini berlaku? Ini berlaku kerana tidak ada
perubahan dalam industri tenunan di India. Mereka menggunakan cara nenek
moyang mereka beratus tahun mungkin beribu tahun, tidak ada perubahan.
Masing-masing mengeluarkan kain dengan sendirinya di rumahnya, di kampungnya
dan tidak ada satu percubaan untuk menjadikan ini sebagai satu industri yang
besar dan lebih tersusun dan teratur.
Oleh kerana itu maka gagallah industri di India dan
berkuasalah pihak British dengan keupayaan mereka mengeluarkan barangan dengan
lebih murah dengan lebih baik. Tetapi kita lihat bahawa roda sudah
berputar sekali lagi. Hari ini kita dapati yang menguasai industri logam besi
ialah seorang orang India yang tinggal di Britain dan dia sekarang ini
menguasai industri besi seluruh dunia. Mittal adalah pengusaha yang terkenal.
Ini boleh digunakan sebagai satu pengajaran kepada
kita. Bukan kerana British itu kulit putih, maka mer
eka berjaya dalam
bidang industri, tetapi yang kulit hitam, coklat boleh juga, kalau mereka
sanggup menguasai cara-cara industri moden, yang lebih tersusun yang
menggunakan lebih banyak mesin dan sekarang ini lebih banyak automated machine
yang boleh dikuasai oleh sesiapa sahaja. Yang ada modal yang cekap dalam
bidang perniagaan, mereka sama ada kulit putih, kuning atau hijau mereka boleh
berjaya.
Kita harus mengambil ini sebagai satu perangsang bagi kita,
iaitu kita tidak seharusnya kekal dengan budaya lama sebaliknya kita boleh
menukar budaya kita supaya lebih sesuai dengan peredaran zaman. Apa yang
berlaku yang kita lihat di India, kita juga lihat di negara China dan di negara
Jepun. Pada suatu masa, China adalah Industrial Power seluruh
dunia. Merekalah yang mengeluarkan lebih banyak kertas dan bermacam-macam
lagi hasil kerja orang China yang begitu baik sekali, sehingga boleh mengukir
sesuatu atas satu biji beras. Demikianlah kebolehan mereka dalam
industri.
Tetapi industri mereka seperti di India, tidak tersusun rapi
sebaliknya merupakan Craft Industryyang bergantung kepada kecekapan seseorang
membuat sesuatu. Ianya tidak mampu berlawan (bersaing) dengan industri
yang menggunakan mesin untuk mass production. Sekali lagi kita lihat
bagaimana China kalah, tetapi hari ini sekali lagi China muncul sebagai satu
negara industri terkenal sebagai The Factory of The World. Seluruh
dunia sekarang ini mendapat barangan daripada negara China yang dikeluarkan
bukan secara buatan kampung (Craft Industry), sebaliknya merupakan industri
gergasi yang mengeluarkan barangan melalui sistem mass production. Dengan
menggunakan mesin aotomated dan sebagainya.
Demikian juga dengan Jepun, Jepun juga pada mulanya tidak
mempunyai industri tersusun tetapi mereka mempelajari daripada sebelum mereka
ditawan. Mereka dapat belajar daripada pihak barat untuk menggunakan
sistem pengeluaran secara perusahaan yang besar-besar. Sebab itu hari ini
kita lihat ada syarikat Jepun yang bernama Sony, Hitachi, Toshiba, Matsushita dan
pelbagai lagi. Demikian juga dengan Korea, kita tidak pernah dengar nama
Samsung dulu, sekarang ini kita tahu Samsung, KIA banyak lagi syarikat-syarikat
Korea yang menyusun cara-cara pengeluaran barang-barang mereka melalui sistem
industri besar-besaran.
Inilah yang telah berlaku dan kita harus tanya kepada diri
kita kenapa ini berlaku. Ini berlaku kerana mereka menukar budaya
kerja mereka. Budaya kerja mereka di kampung lain daripada
dalam sebuah kilang. Kita masih di peringkat kampung. Kita bekerja
di dalam kampung, dengan begitu mudah tidak ada apa yang dipanggil The
Dicipline Of Workplace, The Ethic Of The Workplace. Kalau kita
nak kerja di dalam satu tempat kerja, kita mesti ada disiplin dan kita mesti
ada etika kerja. Kalau kita kerja di rumah untuk mengeluarkan barangan
yang cukup cantik, cukup baik tapi kita buat seorang diri, ada masa kita buat,
kalau ada sesuatu berlaku kawan datang rumah melawat, kita berhenti kerja dan
kita bersembang dulu. Dalam workplace, tiak ada masa untuk
bersembang, tidak ada masa workplace, tidak ada masa untuk bersembang,
tidak ada masa untuk makan sirih, tidak ada masa untuk merokok! You
have to work, have The Discipline of The Workplace. Inilah budaya
yang harus kita kejar kalau kita ingin berjaya dalam perusahaan kita.
Kita mesti ada disiplin.
Apa maksud disiplin? Disiplin di sini bermakna
kita mengawal nafsu kita. Kalau kita lihat pemasangan kereta umpamanya;
ianya mesti dilakukan satu persatu dan kerja itu mesti berjalan ikut tertib
supaya kereta itu dapa dipasang (disiap) pada penghujung Assembly
Line. Tetapi katakan semasa kita bekerja, ada pekerja yang berasa nak
berehat dia berhenti sekejap, habis yang lain tidak boleh kerja. The
is no Discipline of The Workplace.
Inilah yang menyebabkan kita tidak begitu faham tentang
pentingnya disiplin dalam perusahaan. Bukan sahaja dalam perusahaan,
dalam perniagaan juga demikian, perlu ada disiplin mengawalkan diri kita,
bermakna kita mengawal nafsu kita mengikut kehendak hati kita. Kita
bekerja bukan semata-mata kerana hendak hati tetapi kita mempunyai satu
tugas yang perlu dilaksanakan dalam satu jangka masa tertentu.
Kita tidak boleh fikir, ya lah hari ini kita nak berehatlah
sedikit, kerja banyak dan kita berehat dan kita tidak boleh deliver dalam
jangka masa yang ditetapkan. Dalam bidang perniagaan perusahaan kalau ada
pesanan sesuatu untuk bekalan pada masa yang dijanjikan. Ini memerlukan
disiplin. Kita kerap kali dengar banyak orang yang ingin membeli barangan
daripada kita. Tetapi kita tak mampu untuk mengeluarkan barangan itu
dengan secukupnya pada masa yang ditetapkan.
Saya ingat pada masa saya jadi Menteri Perindustrian dan
Perniagaan (Menteri Perdagangan dan Perindustrian), saya bawa tongkat kayu yang
dibuat diukir begitu cantik oleh seorang orang Melayu orang tua. Saya
pergi ke Amerika Syarikat dan saya tunjukkan tongkat ini kepada mereka dan
mereka amat tertarik dengan tongkat ini dan sebagai 'Trial Order' mereka hendak
10,000. 'Trial Order!. Balik sini tanya dengan orang membuat tongkat
dia kata dalam setahun 10 bolehlah! Ini peluang untuk membuat sesuatu
yang mempunyai pasaran yang baik.
Kalau kita tidak ada budaya keusahawanan (susah nak sebut
ke-usa-ha-wa-nan) kalau orang lain kata Jepun, China ataupun orang Eropah dia
tahu ada pesanan 10,000, dia akan cari mesin, dan dia akan susun satu
perusahaan yang menggunakan tenaga, bukan dirinya sahaja tetapi tenaga lain dan
diaturnya cara-cara kerja, yang satu cuma siap batang kayu, yang sorang ukur
sedikit. Jadi apa sampai ke hujung Assembly Line terdapatlah kayu
itu. Dan bila kena guna mesin dia boleh guna mesin.
Tetapi budaya kita, .... Ohh ini terlalu besar dan
kita tak mungkin! Jadi inilah yang menyebabkan kita tidak boleh berjaya
dalam bidang perusahaan ini, kerana kita tidak punya persepsi tentang perubahan
pasar.
"Pasar"kita dahulu ialah kampung kita. Buat
satu raga, hujung minggu pergi jual di kampung, pasar minggu ataupun di pekan
Rabu di tempat saya kerja dulu. Kita pergi di situ kita jual, ada orang
nak beli banyak.. sorry ada 10 biji. Nak pesan boleh tak nak pesan, 1,000
biji? Tak boleh! Kita tak fikir lagi macam mana nak keluarkan 1,000
sebagai satu pengusaha. Kita cuma tahu kita boleh keluar 10 raga dalam
satu minggu. Dia kata pula, ya saya nak beli 10 raga tiap-tiap
minggu. "Itu tak bolehlah saya tak tentu, kadang-kadang saya boleh
kerja, kadang-kadang tak boleh kerja. Tidak ada Discipline Of Workplace!
Budaya yang kita nak tukar ini ialah, tukar daripada budaya
bekerja sebagai satu kraf kerja di rumah kepada bekerja dalam satu kilang
secara tersusun yang mana kita tidak perlukan kepada kecekapan kita, place of
work saja. Satu orang cuma kerat kayu saja, dia bagi mesin satu,
kerat-kerat itu saya! Tidak ada apa mesin buat kerja. Dan satu
orang lagi dia bagi bulat kayu itu, ada mesin-mesin yang boleh buat. Dan
satu orang ukir mata burung ke? Atau lain. Itu saya, yang satu mulut
burung ke.
Dengan cara ini orang yang tidak ada skill boleh jadi
pengeluaran lebih banyak daripada orang yang mempunyai kecekapan. Itu
cara perusahaan. Budaya kita nak ditukar daripada village system.
Kita pandai, kita boleh buat itu dan ini tapi mass production kita tak
tahu. Pengeluaran mengikut cara tersusun dalam kilang kita tak faham dan
budaya bekerja dalam kilang kita tidak faham.
Sebab itu kalau nak jadi pengusaha kita perlu tukar nilai
hidup kita, pegangan kita kepada nilai yang kita terima dan kita
amalkan.. Kita semua terima nilai yang baik, tak ada siapa pun yang kata
saya memang suka malas, semua kata dia rajin tetapi rajin, dia tidak buat
kerja. Jadi kita kena bukan saja terima nilai yang baik tetapi kita
amalkan nilai itu.
Saya selalu berkata bahawa orang Melayu ini dia nak semua
dengan cepat. Kalau dia nak dapat sesuatulah, kalau dia nak bagi sesuatu
lambat-lambat sikitlah.
Jadi bila dia nak dengan cepat, dia nak cepat kaya, jadi nak
buat benda perusahaan ini kadang-kadang kita melampaui berjuta-juta ringgit,
bertahun-tahun tak untung. Tetapi kalau kita tekun akhirnya kita akan
untung. Tetapi dia tak ada masalah, dia nak cepat.
Dia start satu industri, pasal dia engineer dia boleh start
satu industri. Tetap, tahun pertama tidak untung, tahun kedua tidak
untung, tahun ketiga nak tambah modal lagi. Ada datang seorang kawan dia
(yang hidung penyek sikit) dia kata you tak boleh buat ini you jual kat
sayalah. Saya boleh buat ini, boleh buat ini lebih cepat lagi. Saya
bagi you untung, you labur berapa, 3 million tak apa saya tambah 5 million
boleh untuk 2 million! Kita jual berapa banyak? Berapa banyak
sesuatu yang dimiliki oleh kita, yang dimulakan oleh kita, yang dimulakan oleh
kita, terpaksa dijual kerana kita tidak buat estimate yang betul.
Sebenarnya dalam semua perniagaan dan perusahaan kita tak
akan untung hari pertama. Kalau buat di kampung perusahaan kraf boleh,
dapat untung hari pertama kita boleh buat kueh, pagi ini kita masak kueh, kita
pergi jual kita untung. Simple thing, no problem. Tetapi kalau kita
nak jual kueh dengan banyak, we have to invest in machinery, in kilang, orang
pekerja, gaji itu ini semua. Kita keluarkan kueh ini dan lebih banyak
tetapi dia tak bagi keuntungan secara immediately. Kerana kita nak ambil
kira overhead tetapi kita tak mahu nak tunggu, kita nak sekarang. Kalau
nak sekarang bagi resipi kueh itu dan jual kilang dapat untung macam "jual
AP"lah. Kita nak sesuatu dengan cepat, tidak ada! Tidak ada
perniagaan yang memberi keuntungan hari ini, bila kita keluarkan saja modal
kita dapat balik modal dan keuntungan, No Way! Kadang-kadang 3 tahun, 4
tahun kita perlu bertungkus-lumus keluar modal tambahan perbaiki itu, perbaiki
ini, baru kita boleh dapat keuntungan.